More

    Redmi Note 12S dalam pangkalan data SIRIM, dijangka dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    Siri Redmi Note 12 telah menjadi salah satu tarikan dalam pasaran telefon pintar dengan pelbagai varian dijual untuk kali ini. Kini, satu lagi varian telah dikesan dalam pangkalan data SIRIM dan berpotensi dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi iaitu Redmi Note 12S.

    Menurut sumber, peranti itu dilihat mendapat pensijilan SIRIM dengan nombor model 2303CRA44A. Spekulasi mengatakan bahawa Redmi Note 12S mungkin mempunyai paparan AMOLED 6.43 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 90Hz yang lancar. 

    Ia dijangka dikuasakan oleh cipset Helio G96, RAM 8GB dan storan 128GB. Peranti ini menggunakan MIUI 14  berdasarkan Android 13 dan bateri 5,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 67W.

    Tiada butiran lanjut daripada penyenaraian walaupun spesfikasi Note 12S dijangka hampir sama dengan Note 11S. Hari ini, siri Redmi Note 12 akan dilancarkan di Malaysia pada malam ini.

    Nantikan pukul 8 malam nanti untuk tahu lebih lanjut mengenai varian yang akan dilancarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured