More

    Redmi Note 13 Pro 5G kini tersedia dalam Warna Olive Green berharga RM1,299

    Xiaomi telah memperkenalkan varian warna baharu Olive Green untuk Redmi Note 13 Pro 5G, menambah kepelbagaian dalam siri Redmi Note 13. Dilancarkan secara global awal tahun ini, siri ini merangkumi empat model di Malaysia iaitu Redmi Note 13 Pro+ 5G, Redmi Note 13 Pro 5G, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13.

    Siri Redmi Note terkenal dengan menawarkan ciri-ciri peringkat andalan bermula dengan kamera 48MP pada Redmi Note 7 pada tahun 2019. Ssiri ini telah berkembang dengan pesat, mencapai kemuncaknya dengan kamera 200MP pada Redmi Note 12 Pro+ 5G pada tahun 2023. Model terbaru Redmi Note 13 Pro meneruskan legasi ini dengan kamera 200MP yang dilengkapi penstabilan imej optikal dan keupayaan zum yang canggih.

    Selain kamera beresolusi tinggi, Xiaomi memastikan siri Redmi Note memenuhi keutamaan pengguna dengan pelbagai pilihan warna dan edisi khas. Redmi Note 13 Pro+ 5G Mystic Silver dilancarkan untuk Festival Peminat Xiaomi dan varian baharu Olive Green menambah kepelbagaian estetik kepada barisan produk ini.

    Siri ini juga menekankan kemudahan dengan ciri-ciri seperti pengecasan ultra-pantas. Redmi Note 13 Pro+ 5G dengan HyperCharge 120W boleh mengecas penuh telefon dalam masa hanya 19 minit, manakala model Pro lain menawarkan pengecasan turbo 67W. Selain itu, Redmi Note 13 Pro 5G dilengkapi dengan bateri besar 5,100mAh untuk penggunaan yang berpanjangan.

    Peranti siri Redmi Note juga direka untuk pengalaman pengguna yang terang dan tahan lasak. Ia menampilkan paparan AMOLED 120Hz dalam semua model Redmi Note 13, ketahanan dipertingkatkan dengan Corning Gorilla Glass Victus pada Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G.

    Varian warna baharu Olive Green Redmi Note 13 Pro 5G kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,399. Ia boleh dibeli di kedai-kedai sah Xiaomi atau dalam talian di mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada. Daripada 21 Jun hingga 15 Julai, harga promosi istimewa RM1,299 ditawarkan untuk varian Olive Green baharu ini. Selain itu, pelanggan yang membeli dari kedai-kedai sah Xiaomi akan menerima Xiaomi Premium Gift Pack bernilai RM99.

    Pengguna Malaysia yang memiliki Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G berpeluang memenangi tiket untuk menghadiri ‘Iconic Fan Meet’ bersama duta Asia Tenggara BamBam dengan mendaftar untuk acara tersebut sehingga 3 Julai 2024. Bagi mereka yang belum membeli model ini, 50 pelanggan pertama yang membeli model terpilih di Redmi Note 13 Series Roadshow pada 9 Julai akan menerima tiket acara.

    Maklumat lanjut mengenai penyertaan boleh didapati laman web rasmi Xiaomi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...