More

    Redmi Note 13 Pro+ akan dilancar : Cipset Dimensity 7200 Ultra 4nm dan kamera 200MP

    Redmi secara rasmi mengumumkan bahawa ia akan melancarkan siri Redmi Note 13 di China bulan ini. Poster terbaharu jenama itu menonjolkan ciri utama Redmi Note 13 Pro+ 5G mendedahkan bahawa siri Note 13 akan menjadi usaha kerjasama antara Redmi, Samsung dan MediaTek.

    Spesifikasi utama adalah kamera Redmi Note 13 Pro+ yang menampilkan sensor Samsung ISOCELL HP3 Discovery Edition 200MP dengan saiz sensor 1/1.4 inci yang besar, menjadikannya kamera ultra-jelas 200MP terpantas dalam industri.

    Pelancaran ini bertujuan untuk mendorong batasan kemampuan pengimejan untuk telefon pintar yang mampu milik dibeli di mana Redmi bekerjasama dengan MediaTek untuk mengoptimumkan seni bina pengimejan dan meningkatkan keupayaan perisian serta perkakasan. Teknologi pengimejan Xiaomi, seperti modul “bionic perception” dan “fusion optics” akan disatukan untuk menyediakan pengalaman fotografi yang luar biasa.

    Selain itu, Redmi Note 13 Pro+ akan menjadi peranti pertama yang mempunyai cipset MediaTek Dimensity 7200 Ultra 4nm yang baru diumumkan. Ia mempunyai seni bina lapan teras CPU dengan Cortex-A715 yang kuat dan GPU Mali-G610, menjanjikan prestasi dan kecekapan yang lebih baik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured