More

    Redmi Note 13 Pro+ dilancar: Dimensity 7200 Ultra, kamera 200MP dan cas pantas 120W bermula~RM1,218

    Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 13 Pro+ iaitu model utama dalam siri Redmi Note 13 baharunya. Menampilkan banyak perubahan daripada model tahun lepas, Redmi Note 13 Pro+ mempunyai paparan melengkung, pensijilan IP68 dan keupayaan pengecasan pantas 120W.

    Seperti yang dijangkakan, siri Redmi Note 13 mula dijual hanya eksklusif di China. Bagaimanapun, Xiaomi berkemungkinan akan membawakan Redmi Note 13 Pro+ ke pasaran global pada awal tahun depan walaupun mungkin dengan spesifikasi yang sedikit berbeza.

    Redmi Note 13 Pro+ menggunakan cipset MediaTek Dimensity 7200 Ultra yang didakwa Xiaomi telah dioptimumkan untuk penderia kamera utama Samsung ISOCELL HP3 Discovery Edition. Kamera utama menggunakan sensor ISOCELL HP3 200MP, apertur f/1.65 dan format optik 1/1.4 inci ditambah dengan lensa sudut ultra lebar 8MP serta makro 2 MP.

    Selain itu, peranti ini menampilkan paparan AMOLED 6.67 inci yang menghasilkan 2,712 x 1,220 piksel (1.5K) dengan kedalaman warna 12-bit, kadar penyegaran 120Hz dan liputan ruang warna DCI-P3 100%. Baterinya berkapasiti 5,000 mAh yang menyokong pengecasan berwayar 120 W serta memiliki pensijilan IP68 untuk rintangan habuk dan air.

    Bahagian paparannya terdapat pengimbas cap jari optikal dan kamera swafoto 16 MP. Harga Redmi Note 13 Pro Plus bermula pada CNY 1,899 (~RM1,218) dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Untuk varian 12/512GB pula ia akan berharga CNY 2,099 (~RM1,347) dan varian 16/512GB berharga CNY 2,199 (~RM1,411).

    Redmi Note 13 Pro Plus tersedia dalam pilihan warna Midnight Dark, Mirror White, Light Dream dan AAPE. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Redmi

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured