More

    REDMI Note 15 bakal tiba dengan ikon “Titan” Jojo Ghazali, Toh Ee Wei dan Chen Tang Jie

    Xiaomi Malaysia mengumumkan kehadiran siri REDMI Note 15 yang dijadualkan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 15 Januari ini. Menjelang pelancaran, Xiaomi Malaysia turut memperkenalkan konsep “Titan Durability” sebagai teras utama siri ini dengan tema “It’s Titan Tough”.

    Konsep ini menumpukan kepada ketahanan peranti untuk kegunaan harian. Menurut Xiaomi Malaysia, siri REDMI Note 15 dibangunkan berasaskan tiga elemen utama ketahanan iaitu kalis air, tahan jatuh dan jangka hayat bateri yang lebih panjang untuk penggunaan seharian.

    Sebagai sebahagian daripada pengumuman ini, Xiaomi Malaysia melantik tiga ikon sukan negara sebagai Titan Champions iaitu pemain badminton Toh Ee Wei, pemain badminton Chen Tang Jie dan atlet sukan tempur Johan Ghazali. Ketiga-tiga atlet ini dipilih bagi mewakili nilai ketahanan, fokus dan konsistensi yang menjadi asas kepada siri REDMI Note 15.

    Xiaomi Malaysia memaklumkan bahawan siri REDMI Note 15 merupakan kesinambungan kepada barisan REDMI Note yang popular di pasaran tempatan dengan penekanan kepada keseimbangan prestasi, ketahanan dan kebolehpercayaan. Butiran lanjut berkaitan spesifikasi penuh dan penawaran produk akan diumumkan semasa pelancaran rasmi pada 15 Januari ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri REDMI Note 15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...