More

    Redmi Note 15 Pro+ mungkin dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & bateri 7,000mAh

    Redmi Note 15 Pro+ telah muncul di Geekbench, memberikan petunjuk awal menjelang pelancarannya yang dijangka pada Ogos 2025 di China. Peranti dengan nombor model 2510ERA8BC itu mencatatkan 1,228 mata untuk ujian teras tinggal dan 3,230 mata untuk pelbagai teras. Susun atur CPU 1+3+4 dengan kelajuan sehingga 2.71GHz yang menunjukkan ia dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang belum diumumkan oleh Qualcomm dan dipadankan dengan RAM 16GB serta Android 15.

    Ini merupakan peningkatan daripada Snapdragon 7s Gen 3 yang digunakan pada Note 14 Pro+, menandakan prestasi dan kecekapan yang lebih baik. Xiaomi mempromosikan siri Note 15 Pro sebagai “Little King Kong” seterusnya dengan penekanan pada ketahanan. Antara ciri yang dijanjikan adalah ketahanan jatuh yang lebih kuat, kalis air sepenuhnya dan rekaan lasak dengan penarafan IP68/IP69.

    Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuk skrin AMOLED 6.67 inci resolusi 1.5K, kamera utama 50MP dengan OIS dan bateri besar 7,000mAh dengan pengecasan pantas 90W. Untuk harga, ia mungkin akan mengikuti harga agresif seperti yang diperkenalkan pada siri Note 14 Pro, dengan harga bermula pada pada harga CNY 1,399 (~RM1,195). Jika maklumat tertiris benar, Redmi Note 15 Pro+ bakal dilancar rasmi pada hujung Ogos 2025 di China sebelum memasuki pasaran global, bersaing rapat dengan peranti pertengahan seperti Samsung Galaxy A57 5G.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...