More

    Redmi Note 8 baru sah akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G85 dan skrin 6.3 inci

    Xiaomi telah pun mengesahkan pelancaran semula Redmi Note 8 untuk tahun ini, di mana ia akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G85. Sebelum ini, Redmi Note 8 asal yang dilancar pada 2019 dilengkapi cipset Snapdragon 665 dan nampaknya Redmi telah menggantikan cipset tersebut untuk menjadikan telefon ini lebih relevan pada 2021.

    Selain daripada itu, Xiaomi masih tidak memaklumkan perbezaan Redmi Note 8 2021 dengan Redmi Note 8 asal, malah rupa luarannya juga akan dikekalkan. Redmi Note 8 2021 bakal dilengkapi skrin 6.3 inci dengan takuk (notch) kamera swafoto di atasnya serta empat kamera termasuk kamera utama 48MP.

    Spesifikasi lain dijangka terdiri daripada bateri 4,000mAh, perisian MIUI 12.5, pengecasan pantas 22.5W, RAM 4GB dan storan 128GB. Redmi Note 8 asal telah dilapoorkan sebagai antara relefon Redmi yang terlaris dalam pasaran antarabangsa, dengan jualan sehingga 25 juta unit. Memandangkan Redmi Note 9 pula telah mencapai jualan sebanyak 45 juta unit, ia mungkin akan turut dilancarkan semula pada tahun 2022.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured