More

    Redmi Note 8 mungkin akan dilancar semula tahun ini dengan spesifikasi lebih canggih

    Siri telefon pintar Redmi Note merupakan produk kelas pertengahan yang sangat popular dan Xiaomi telah pun melancarkan siri terbaru Redmi Note 10 yang mengukuhkan lagi reputasi produk tersebut. Kini, terdapat maklumat mengatakan bahawa Xiaomi merancang untuk melancarkan semula sebuah model Redmi Note yang diperkenalkan pada 2019 namun kali ini dengan spesifikasi yang lebih canggih.

    Menurut pengkhabar berita Xiaomi dari Poland, Kacper Skrzypek, sebuah telefon bernama Redmi Note 8 telah dikesan dalam data Federal Communications Commission (FCC) Amerika Syarikat dengan nombor model M1908C3JGG.

    Telefon ini akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G85, bateri 4,000mAh dan sistem operasi MIUI 12.5. Telefon Redmi Note 8 asal yang dilancar pada 2019 turut dilengkapi bateri 4,000mAh, namun mempunyai cipset yang kini sudah pun ketinggalan iaitu Snapdragon 665.

    Selain itu, Redmi Note 8 yang dilancar semula ini juga akan dilengkapi pengecasan pantas 22.5W, lebih pantas berbanding 18W dalam Redmi Note 8 asal. Kamera dijangka akan terus kekal dengan empat kamera 48MP, manakala spesifikasi lain juga dijangka akan kekal sama.

    Sumber juga mengatakan Redmi Note 8 baru ini akan dilancar dalam negara-negara terpilih sahaja. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured