More

    Redmi Note 9 Pro 5G akan dipasarkan dalam sebuah kotak dengan rekaan comel

    Walaupun siri Redmi Note 9 telah pun dilancar pada awal tahun ini, Redmi masih akan mengeluarkan model baru untuk siri tersebut. Siri Redmi Note 9 5G akan dilancar pada 26 November untuk pasaran China dan kini gambar yang menunjukkan kotak untuk telefon tersebut telah pun dimuat naik oleh eksekutif Redmi.

    Pengurus Awam Redmi, Lu Weibing, telah memuat naik sebuah gambar di Weibo yang menunjukkan rekaan luaran kotak Redmi Note 9 Pro 5G. Kotak tersebut menampilkan rekaan yang berlainan dengan kotak-kotak Redmi sebelum ini, dengan hiasan warna kuning serta kehadiran watak-watak kartun.

    Lu Weibing (kiri) bersama pengurus awam Lehua Entertainment, Du Hua
    Rekaan kotak Redmi Note 9 Pro 5G

    Telefon tersebut dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 750G, RAM 8GB, storan 256GB, skrin 6.67 inci 120Hz, empat kamera 108MP, kamera swafoto 16MP, bateri 4,820mAh dan pengecasan 33W. Terbaru, sebuah peranti yang mungkin merupakan Redmi Note 9 Pro 5G telah pun menjalani ujian penanda aras Geekbench, di mana ia mendapat markah 645 untuk ujian teras tunggal dan 1963 untuk multi-teras.

    Apakah pendapat anda tentang kotak Redmi Note 9 Pro 5G ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured