More

    Redmi Note 9T dilancar: Cipset Dimensity 800U 5G, kamera 48MP, pembesar suara stereo, berharga ~RM1131

    Pada hari ini, Xiaomi telah melancarkan sebuah lagi telefon dari siri Redmi Note 9 iaitu Redmi Note 9T untuk pasaran global. Sebagai sebuah telefon kelas pertengahan, peranti ini hadir dengan sokongan 5G serta pelbagai spesifikasi yang menarik.

    Berikut adalah spesifikasi penuh Redmi Note 9T 5G :

    • Cipset Dimensity 800U 5G, Mali-G57 GPU, sokongan dual SIM 5G
    • Skrin 6.53 inci LCD FullHD+
    • Corning Gorilla Glass 5
    • RAM 4GB
    • Storan dalaman UFS 2.2 64GB atau 128GB
    • Bateri 5,000 mAh dengan cas pantas 18W
    • Kamera utama 48MP f/1.79 + sensor kedalaman (portrait) f/2.4 + kamera makro f/2.4
    • Kamera swafoto 13MP
    • Sokongan NFC
    • Pembesar suara stereo
    • Sensor cap jari sisi
    • Permukaan panel belakang kalis cap jari
    • Pilihan warna Daybreak Purple (Ungu) dan Nightfall Black (Hitam)

    Redmi Note 9T 5G akan dijual dalam varian memori:

    • 4GB+64GB – €229 (~RM1131), harga belian awal €199 (~RM983)
    • 4GB+128GB – €269 (~RM1328), harga belian awal €249 (~RM1230)

    Buat masa ini, masih tiada lagi berita tentang keberadaan peranti ini untuk pasaran Malaysia.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured