More

    Redmi Pad 2 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, ini spesifikasi yang tertiris

    Xiaomi Malaysia hari ini mengesahkan bahawa tablet terbaharu Redmi Pad 2 akan dilancarkan tidak lama lagi untuk pasaran tempatan. Meskipun maklumat rasmi masih terhad, beberapa spesifikasi awal dan imej tertiris telah mula beredar di internet telah memberikan gambaran awal mengenai naik taraf ketara berbanding model sebelumnya.

    Menurut sumber, Redmi Pad 2 dijangka hadir dengan paparan LCD bersaiz 11 inci beresolusi 2.5K dan kadar segar semula 90Hz. Daripada segi prestasi, tablet ini dikhabarkan dikuasakan cip MediaTek Helio G100 Ultra digandingkan dengan dua pilihan varian iaitu 4/128GB dan 8/256GB. Tablet ini turut dilaporkan menggunakan sistem operasi HyperOS 2.1 daripada Xiaomi.

    Untuk keupayaan kamera, imej tertiris mendedahkan kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP. Selain itu, Redmi Pad 2 dijangka dilengkapi empat pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos. Ciri lain yang turut menjadi tumpuan ialah bateri berkapasiti besar 9,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan bicu audio 3.5mm.

    Bagi harga, varian asas 4/128GB dijangka ditawarkan sekitar €229 (~RM1,100) manakala varian 8/256GB pula sekitar €279 (~RM1,300). Setakat ini, tiada tarikh rasmi pelancaran diumumkan, namun peminat tablet di Malaysia boleh menjangkakan pengumuman lanjut daripada Xiaomi dalam masa terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured