More

    Redmi Pad SE dilancar di Malaysia: Tablet 11 inci dengan nisbah aspek 16:10 berharga RM799

    Selain melancarkan siri telefon pintar andalan Xiaomi 13T, Xiaomi Malaysia turut melancarkan sebuah tablet mampu milik iaitu Redmi Pad SE. Tablet ini dijual pada harga mampu milik sahaja iaitu RM799 dan dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik untuk kegunaan harian.

    Ia dilengkapi skrin berukuran 11 inci dengan resolusi Full HD+, nisbah aspek 16:10 dan kadar segar semula sehingga 90Hz untuk pengalaman penggunaan yang lancar. Selain itu, ia dilengkapi pengiktirafan TÜV Rheinland untuk pancaran cahaya biru yang rendah supaya ia tidak menyakitkan mata pengguna.

    Tablet ini turut mempunyai pembesar suara Dolby Atmos untuk audio yang jelas sewaktu menonton video atau mendengar lagu.

    Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 680 yang dibuat dengan nod proses 6nm untuk prestasi yang memuaskan untuk kegunaan harian. Baterinya pula berkapasiti 8,000mAh yang menawarkan tontonan video selama 14 jam.

    Memorinya terdiri daripada RAM 8GB dan storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dengan kad memori microSD.

    Redmi Pad SE akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM799 dan boleh didapati daripada Lazada dan Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...