More

    Redmi Smart Band Pro dilancar: Jam tangan dengan skrin AMOLED 1.47 inci, bateri 20 hari

    Redmi telah melancarkan gelang tangan terbaru iaitu Redmi Smart Band Pro yang merupakan penyambung kepada Redmi Smart Band yang dilancar pada tahun lalu.

    Gelang tangan ini mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.47 inci yang memberi kecerahan maksimum 450 nits yang boleh dilaras secara automatik, ketumpatan piksel 282ppi dan dibuat dengan kaca 2.5D. Badannya dibuat daripada plastik polycaprolactam dan boleh ditenggelami air sehingga kedalaman 50 meter.

    Ia dilengkapi sensor yang biasa terdapat dalam gelang tangan seperti accelerometer, giroskop, pengukur degupan jantung PPG dan pengukur oksigen darah SpO2. Untuk senaman, ia menyokong lebih 110 jenis senaman dan 15 daripadanya menawarkan mod profesional.

    Baterinya mempunyai kapasiti 200mAh dan boleh bertahan selama 14 hari atau 20 hari dalam mod penjimatan kuasa.

    Selain itu, Redmi turut memperkenalkan Redmi Watch 2 Lite yang mempunyai skrin LCD petak berukutan 1.55 inci dan semua sensor yang terdapat dalam Redmi Smart Band Pro.

    Baterinya mempunyai kapasiti 262mAh yang boleh bertahan selama 10 hari dan jika mod GPS diaktifkan, ia boleh bertahan selama 14 jam. Setakat ini tiada harga diberikan untuk kedua-dua produk.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mi.com

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured