More

    Redmi Turbo 4 Pro akan dilancar sebagai peranti pertama dengan Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4

    Redmi mengesahkan bahawa model terbaharu mereka, Redmi Turbo 4 Pro, akan dilancarkan secara rasmi di China pada 24 April 2025. Peranti ini yang dikenali dengan nombor model 25053RT47C telah muncul dalam pangkalan data produk China Telecom menandakan pelancarannya semakin hampir.

    Redmi Turbo 4 Pro juga akan menjadi telefon pintar pertama yang menampilkan pemproses terbaharu, Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4. Melalui penyenaraian tersebut, beberapa maklumat penting telah didedahkan termasuk reka bentuk, spesifikasi penuh, variasi warna, harga jangkaan dan tarikh pelancaran.

    Turbo 4 Pro dijangka hadir dalam empat varian seperti 12/256GB storan berharga ¥2,099 (~RM1,420), 16/256GB berharga ¥2,399 (~RM1,620), 16/512GB berharga ¥2,799 (~RM1,890) dan 16/1TB berharga ¥2,999 (~RM2,030). Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu putih, hitam dan hijau. Namun, harga-harga ini mungkin berubah apabila ia dilancarkan secara rasmi.

    Redmi Turbo 4 Pro akan menampilkan skrin OLED LTPS rata bersaiz 6.83 inci dengan resolusi 1.5K (2800 x 1280 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Kamera hadapan hadir dengan sensor 20MP manakala bahagian belakang terdapat dua kamera dengan sensor utama 50MP dan lensa ultra lebar 8MP. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8s Gen 4 (SM8735) dengan RAM sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 1TB.

    Baterinya hadir dengan kapasiti 7,550mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Turbo 4 Pro akan menjalankan Android 15 menggunakan antara muka HyperOS 2.0. Untuk keselamatan, ia dilengkapi dengan pengimbas cap jari bawah skrin. Peranti ini juga mempunyai rangka logam, menyokong IR blaster serta mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP68/IP69.

    Reka bentuk Turbo 4 Pro kelihatan hampir sama dengan model Redmi Turbo 4 yang dilancarkan awal tahun ini bersama cip Dimensity 8400. Untuk makluman, Redmi Turbo 4 telah pun dilancarkan di pasaran global sebagai Poco X7 Pro dan berdasarkan trend ini, Turbo 4 Pro dijangka akan hadir ke pasaran antarabangsa sebagai Poco F7.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina 1|2

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...