More

    Redmi Turbo 5 bakal dilancar lebih awal dengan cipset Dimensity 8500 Ultra

    Redmi nampaknya sedang bersedia untuk melancarkan telefon pintar baharunya lebih awal daripada biasa. Berdasarkan maklumat terkini, Redmi Turbo 5 dijangka akan diumumkan seawal Disember ini, jauh lebih awal berbanding Turbo 4 yang dilancarkan pada Januari lalu. Ini seiring dengan trend pengeluar telefon pintar lain seperti Xiaomi yang turut merancang untuk memperkenalkan siri Xiaomi 16 sebulan lebih awal daripada kebiasaan.

    Menariknya, Redmi Turbo 5 berpotensi menjadi peranti pertama di dunia yang menggunakan cipset baharu, Dimensity 8500 yang mungkin dilancarkan sebagai Dimensity 8500 Ultra. Cipset ini akan memberi kelebihan eksklusif sementara kepada Redmi, sebelum mula digunakan oleh jenama lain seperti HONOR, realme dan iQOO pada tahun 2026. Daripada segi spesifikasi, peranti ini dijangka hadir dengan skrin OLED LTPS 6.67 inci beresolusi 1.5K, kemasan logam dan bateri berkapasiti sekitar 7,000mAh.

    Sementara itu, model bersaiz besar iaitu Redmi Turbo 5 Pro dikatakan bakal hadir tahun depan dengan skrin 6.83 inci dan bateri lebih 8,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W. Versi global Turbo 5 juga sedang dalam perancangan dan dipercayai akan dikenali sebagai Poco X8 Pro. Kelulusan rasmi daripada pihak EEC telah pun diperoleh lebih awal, memberi petunjuk bahawa peranti ini mungkin akan mula dipasarkan sejurus selepas pelancaran di China.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured