More

    Redmi Turbo 5 Max tiba dengan bateri 9,000mAh, cip Dimensity 9500s bermula ~RM1,412

    Redmi hari ini melancarkan Redmi Turbo 5 Max di China dengan bateri 9,000mAh dan menjadi telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500s. Cip Dimensity 9500s digandingkan dengan RAM LPDDR5X Ultra sehingga 16GB serta storan UFS 4.1 sehingga 512GB.

    Bagi pengurusan haba, peranti ini dilengkapi ruang wap bersaiz besar manakala baterinya berkapasiti 9,000mAh menyokong pengecasan berwayar 100W dan pengecasan berwayar songsang 27W. Ia turut menggunakan cip Xiaomi P3 untuk pengecasan pantas dan cip G1 bagi pengurusan bateri.

    Redmi Turbo 5 Max menampilkan paparan AMOLED 6.83 inci 12-bit menggunakan bahan pencahayaan M10 dengan kecerahan puncak sehingga 3,500 nits. Skrinnya menyokong kadar segar semula 120Hz, HDR10+, Dolby Vision dan kadar pensampelan sentuhan 480Hz. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik 3D dalam skrin dan kamera swafoto 20MP.

    Sistem kamera belakang menggunakan tetapan dwi-kamera dengan kamera utama 50MP Light Fusion 600 yang menyokong OIS bersama kamera ultra lebar 8MP. Peranti ini menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16 dan menyokong pembesar suara stereo, sensor inframerah, dwi-SIM, Bluetooth 5.4, Wi-Fi 6, NFC serta penarafan kalis air dan habuk sehingga IP69K.

    Redmi Turbo 5 Max ditawarkan dalam pilihan warna Auspicious Cloud White, Ocean Blue, Sunshine Orange serta Shadow Black dan ditawarkan dengan harga bermula CNY 2,499 (~RM1,412). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Redmi China

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...