More

    Redmi Watch 2 Lite dilancar di Malaysia: Skrin 1.55″, 100 mod senaman, berharga RM249

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan jam tangan pintar Redmi Watch 2 Lite yang menampilkan pelbagai fungsi menarik untuk bantu pengguna jalani hidup yang lebih sihat. Jam tersebut mempunyai skrin sentuh berukuran 1.55 inci dan mempunyai lebih 100 muka jam yang berwarna-warni.

    Jam ini menawarkan lebih 100 mod senaman, termasuk 17 mod profesional serta lebih 90 mod tambahan untuk pelbagai aktiviti dalaman dan luaran. Ia boleh mengaktifkan mod sukan secara automatik apabila pengguna berjalan atau berlari.

    Selain itu, ia turut dilengkapi beberapa sensor kesihatan seperti sensor SpO2, degupan jantung, waktu tidur, pemantauan stres, pernafasan dan pembacaan kitaran haid. Daripada segi bateri, ia boleh bertahan selama 10 hari.

    Daripada segi ketahanan, ia mempunyai rating kalis air 5ATM jadi ia boleh dipakai sewaktu berenang atau mandi. Jam ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna manakala talinya ditawarkan dalam enam pilihan warna.

    Redmi Watch 2 Lite akan mula dijual di Malaysia pada 12 Disember 2021 dengan harga RM249 di Lazada, kedai Xiaomi Store atau pengedar sah.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...