More

    Redmi Watch 3, Band 2 dan Buds 4 Lite dilancar, peranti boleh pakai bermula ~RM89

    Selain melancarkan siri Redmi K60 dan Redmi Note 12 Pro Speed Edition, Redmi turut melancarkan pelbagai peranti boleh pakai dalam acara pelancaran di China semalam iaitu jam tangan pintar Redmi Watch 3, gelang tangan pintar Redmi Band 2 dan fon telinga wayarles Redmi Buds 4 Lite.

    Berikut adalah maklumat lanjut tentang peranti-peranti boleh pakai ini:

    Redmi Buds 4 Lite

    Redmi Buds 4 Lite merupakan fon telinga wayarles yang ditujukan kepada golongan belia dan ditawarkan dalam empat warna terang iaitu oren, hijau, kelabu dan hitam. Ia dilengkapi pemacu 12mm dan bateri yang boleh bertahan sehingga 20 jam.

    Sebelah fon telinga mempunyai berat 3.9 gram dan ia turut mempunyai rating kalis air dan debu IP54. Ia boleh dihubungkan kepada telefon Xiaomi dan pelbagai peranti lain dengan hubungan Bluetooth 5.3.

    Redmi Buds 4 Lite akan dijual di China dengan harga promosi CNY139 (~RM89), sebelum ia dijual dengan harga pasaran sebenar iaitu CNY149 (~RM95).

    Redmi Band 2

    Redmi Band 2 merupakan seutas gelang tangan pintar yang mempunyai skrin berukuran 1.47 inci iaitu lebih besar sebanyak 76% daripada Redmi Band pertama. Dengan berat sekitar 14.9 gram, ia lebih ringan daripada kebanyakan jam tangan pintar namun masih menawarkan fungsi yang serupa.

    Ia menawarkan fungsi kesihatan seperti ukuran oksigen dalam darah, pengukur kadar degupan jantung, penjejak kitaran haid untuk para wanita dan 30 mod senaman. Baterinya boleh bertahan sehingga 14 hari.

    Talinya mempunyai ketebalan 9.99mm, manakala skrinnya kalis air sehingga kedalaman 5atm. Ia akan ditawarkan dalam warna hijau, emas, hitam, biru muda, hijau gelap dan putih.

    "
    "

    Redmi Band 2 akan dijual di China dengan harga promosi CNY159 (~RM100), sebelum ia dijual dengan harga pasaran sebenar iaitu CNY169 (~RM108).

    Redmi Watch 3

    Akhirnya, Redmi Watch 3 adalah seutas jam tangan pintar yang mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.75 inci dengan ketumpatan piksel 341 piksel per inci dan kecerahan sehingga 600 nits. Ia mempunyai satu butang di bahagian sisi untuk mengawal fungsi dalaman.

    Skrin ini boleh dihiaskan dengan 200 muka jam digital, manakala baterinya boleh bertahan sehingga 12 jam. Fungsi kesihatannya termasuklah pengukur oksigen dalam darah SpO2, pengukur degupan jantung dan 121 mod senaman.

    Ia turut mempunyai pengemudian GPS dan sistem pengemudian satelit global (GNSS) untuk penjejakan tepat sewaktu bersukan. Ia boleh dihubungkan kepada telefon secara Bluetooth untuk menjawab panggilan dan turut dilengkapi mikrofon yang boleh membatalkan hingar. Untuk ketahanan, ia boleh ditenggelamkan sehingga ketahanan 5atm.

    Redmi Watch 3 akan dijual di China dengan harga promosi CNY499 (~RM317), sebelum ia dijual dengan harga pasaran sebenar iaitu CNY569 (~RM360).

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan ketiga-tiga peranti ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tiga peranti Redmi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured