More

    Redmi Watch dilancar di China, skrin 1.4 inci dengan bateri 12 hari, berharga ~RM185

    Selain dari pelancaran telefon siri Redmi Note 9 di China, Redmi juga telah melancarkan jam tangan pintar mereka yang pertama iaitu Redmi Watch. Redmi Watch ini berbentuk petak dan hadir dengan ciri mod sukan, kadar dengupan jantung, pengesanan tidur serta harga yang mampu milik.

    Redmi Watch ini hadir dengan skrin berwarna 1.4 inci beresolusi 320 x 320 piksel dan menggunakan kaca 2.5D. Untuk pilihan warna pula, ia ditawarkan dengan tiga warna badan iaitu hitam, putih dan biru dengan warna tali jam yang sepadan dan juga penambahan warna tali lain seperti merah jambu dan hijau.

    Terdapat lebih dari 120 muka jam yang anda boleh pilih menggunakan aplikasi Mi Fit. Selain itu, Redmi Watch juga dilengkapi dengan Bluetooth 5.0, NFC serta kalis air sehingga 50m kedalaman dan hanya memiliki berat serendah 35g.

    Bateri Redmi Watch ini dikatakan mampu bertahan sehingga 7 hari dengan penggunaan normal dan sehingga 12 hari dengan mod penjimatan kuasa. Ia mengambil masa sekitar 2 jam untuk pengecasan penuh jam tangan ini.

    Redmi Watch dijual pada tanda harga CNY 299 (~RM185) dan mula memasuki pasaran China pada 1 Disember ini. Peranti ini berkemungkinan besar akan memasuki pasaran global selepas ianya dikesan di pangkalan data pensijilan Bluetooth SIG baru-baru ini.

    Adakah anda berminat dengan jam tangan pintar Redmi ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...