More

    Reka bentuk dan kemasan eksklusif HUAWEI P50 Pocket disahkan, miliki ciri boleh dilipat

    HUAWEI akan memperkenalkan HUAWEI P50 Pocket yang boleh dilipat pada 23 Disember ini. Syarikat itu kini telah mendedahkan sedikit sebanyak reka bentuknya yang mirip kulit cangkerang pada akaun Weibonya.

    Telefon ini akan mempunyai kemasan menarik iaitu kristal berkilauan yang memantulkan cahaya. P50 Pocket adalah percubaan HUAWEI untuk mencabar penguasaan Galaxy Z Flip3 dalam pasaran di mana satu-satunya alternatif setakat ini ialah Motorola Razr.

    Imej sarung pelindung P50 Pocket yang bocor mendedahkan reka bentuk dua bulatan besar untuk kameranya. Khabar angin mengatakan bahawa salah satu bulatan itu menempatkan kesemua kameranya manakala bulatan lagi satu menempatkan skrin kecil yang boleh digunakan ketika selfie.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured