More

    Reka bentuk dan spesifikasi Google Pixel 5 didedahkan, sebuah ‘midrange’ premium?

    Baru sahaja semalam kami memaklumkan mengenai siri peranti 5G dari Google iaitu Google Pixel 5 dan Google Pixel 4a 5G yang mungkin dilancarkan pada 30 September. Terkini, gambar yang direka oleh pendedah maklumat terkenal @OnLeaks menunjukkan sebuah Google Pixel 5. Turut hadir adalah spesifikasi jangkaannya.

    Seperti yang anda dapat lihat pada gambar, ia bakal hadir dengan sensor cap jari di belakang peranti, rekaan skrin berlubang dan tetapan dua kamera di belakang. Peminat peranti Google pastinya sudah tahu mengenai kelebihan GCam. Apa yang menariknya, Google Pixel 5 dilaporkan akan meletakkan lensa lebar untuk menggantikan lensa kedua telefoto.

    Untuk spesifikasi jangkaannya, ia mungkin dijana cipset Snapdragon 765G dan skrin OLED 90Hz. Memandangkan ianya hadir dari sumber bukan rasmi, jadi anggaplan kesemua maklumat ini sebagai ramalan sahaja untuk membantu anda membayangkan kehadiran Google Pixel 5.

    Anda boleh membaca berita lepas mengenai Google Pixel 5 disini. Pastinya akan terdapat ramalan spesifikasi yang lebih jelas mengenai peranti ini pada hari yang akan datang.

    Adakah anda salah seorang peminat telefon pintar Google? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...