More

    Reka bentuk dan spesifikasi penuh Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 didedah

    Pada 10 Ogos nanti, Samsung akan mengadakan acara Galaxy Unpacked sambil menunjukkan beberapa peranti termasuk Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4

    Menurut sumber, kedua-dua telefon itu akan membawa cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dengan lapan teras sehingga 3.2 GHz, mungkin RAM 8GB dan 256GB atau lebih. Galaxy Z Fold 4 dikatakan menampilkan skrin dalaman fleksibel QXGA+ AMOLED 7.6 inci dan skrin luaran HD+ AMOLED 6.2 inci dengan kadar penyegaran semula 120 Hz.

    Seperti dalam gambar, Galaxy Z Fold 4 mempunyai tri-kamera di bahagian belakang terdiri daripada unit 50MP, modul 12MP dengan optik sudut lebar dan unit telefoto 10MP atau 12MP dengan zum optik 3x. Ia juga mempunyai bateri 4,400 mAh dengan pengecasan 25W. Selain itu, Samsung Galaxy Z Fold4 mungkin akan mula dijual dalam masa seminggu.

    Galaxy Z Flip 4 pula dikhabarkan akan dilengkapi dengan skrin fleksibel Full HD + 6.7 inci dengan resolusi 2640 × 1080 piksel dan kadar penyegaran semula 120 Hz manakala skrin luaran dengan pepenjuru 1.83 hingga 1.90 inci. Berdasarkan gambar, terdapat dwi-kamera 12MP di bahagian belakang dan 10MP bagi kamera swafotonya. Kapasiti bateri adalah 3,700 mAh dengan pengecasan 25W.

    Menurut laporan baru-baru ini, kuasa bateri peranti boleh meningkat ke 50% bagi pengecasan selama 30 minit manakala Fold3 hanya memperoleh 33% kuasa dalam masa yang sama. Tapi, maklumat ini mungkin berubah atau ditambah menjelang acara Galaxy Unpacked nanti.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured