More

    Reka bentuk Google Photos kini berubah dengan ikon baru dan UI yang lebih mudah

    Bermula hari ini, Google akan melancarkan kemas kini untuk aplikasi Google Photos nya. Reka bentuk yang baru akan hadir pada UI Google Photos termasuklah ikon yang baru. Ikon Google Photos akan kekal dengan bentuk pinwheel yang berwarna-warni, tetapi berubah sedikit dengan reka bentuk yang berbentuk bulat dan leper.

    Kini, terdapat 3 tab dalam Google Photos iaitu gambar (Photos), carian (Search) dan
    perpustakaan (Library) berbanding 4 tab pada reka bentuk yang lama.

    Tab untuk Photos akan hadir dengan thumbnails yang lebih besar, ruang yang lebih kecil antara gambar serta video yang bermain secara automatik.

    Terdapat juga ruangan memori yang menunjukkan memori anda bersama kawan baik, memori bersama keluarga, memori perjalanan dan juga sorotan dari minggu lepas. Anda juga boleh menyembunyikan memori ini daripada orang tertentu atau berdasarkan tempoh masa yang tertentu.

    Pada tab Search pula, anda akan jumpa peta interaktif yang membantu anda untuk mencari memori berdasarkan lokasi gambar tersebut. Anda boleh mancari gambar dengan cara memicit atau zum pada peta tersebut.

    Google mengingatkan bahawa anda sentiasa boleh membuang lokasi data atau menyahdayakan (disable) sejarah lokasi dan kebenaran lokasi dari kamera anda.

    Akhir sekali, di dalam tab Library, anda akan jumpa Albums, Trash, Archive dan Favorites.

    Bagaimana dengan reka bentuk terkini Google Photos? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured