More

    Reka bentuk HONOR Magic Vs didedah, mungkin menyokong pen stilus

    HONOR Magic Vs dijadualkan untuk debut pada 23 November sebagai peranti lipat generasi kedua jenama itu. Satu siri imej promosi rasmi telah muncul mendedahkan reka bentuk pintar tersebut sambil memberi gambaran kehadiran sokongan stilus.

    Imej pelakon China, Sweet Li memegang HONOR Magic Vs mendedahkan pilihan warna emas. Reka bentuk peranti tersebut kelihatan tidak mempunyai banyak perubahan berbanding model sebelum ini. 

    Namun, penutup belakang agak lain dengan permukaan bertekstur. Malangnya, imej tidak mendedahkan bagaimana paparan dalaman akan kelihatan. Selain itu, peranti boleh lipat HONOR berkemungkinan mendapat sokongan stilus kali ini kerana salah satu imej menunjukkan pelakon itu memegang pen stilus.

    Laporan turut mendakwa HONOR Magic Vs akan tiba di pasaran global pada Q1 2023. Khabar angin lain termasuk cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, dua paparan AMOLED 120Hz dan RAM yang tinggi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured