More

    Reka bentuk Motorola Edge 40 Neo didedah, mungkin hadir dalam 3 warna

    Menurut sumber, Motorola Edge 40 Neo mungkin dilancarkan tidak lama lagi, berkemungkinan pada 5 September 2023 bersama Moto G54. Sumber tersebut juga memaparkan video peranti tersebut dengan pandangan 360 darjah di mana ia mempunyai banyak persamaan dengan Motorola Edge 40.

    Ia mempunyai susunan kamera dan lampu flash yang sama di bahagian belakang manakala kamera swafotonya ditempatkan dalam lubang tebuk di tengah. Tetapi kamera utama kelihatan lebih kecil dan skrinnya kini adalah rata, bukannya melengkung.

    Edge 40 Neo dijangka sebagai peranti kelas pertengahan bawah dengan cipset Dimensity 1050. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP + kamera ultra lebar 13MP dan kamera hadapan 32MP. Spesifikasi lain termasuk bateri 5000mAh, kalis air+habuk IP68 serta skrin OLED 6.55 inci.

    Ia dijangka hadir dalam warna Black Beauty, Caneel Bay (hijau muda) dan Soothing Sea (biru). Pada masa ini, masih tidak pasti sama ada Motorola akan melancarkan peranti ini di Malaysia. Tetapi harga runcit di India adalah Rs 35900 (~RM2,015), maka dijangka harga peranti itu di Malaysia adalah hampir sama.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: MySmartPrice

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured