More

    Reka bentuk OPPO Pad didedahkan dalam poster promosi baharu

    OPPO akan melancarkan OPPO Find X5, X5 Pro dan OPPO Pad pada 24 Februari ini. Spesifikasi bagi kedua-dua telefon pintar telah didedahkan namun butiran OPPO Pad masih terhad. Kini, OPPO telah menunjukkan reka bentuknya dalam poster promosi baharu.

    Poster tersebut mendedahkan OPPO Pad sebagai tablet pertama daripada syarikat itu mempunyai paparan besar yang menyokong Pen Stylus. Kami juga dapat melihat Stylus berwarna Putih yang kelihatan serupa dengan Pensil Apple.

    Di bahagian belakangnya mempunyai penjenamaan OPPO dalam corak funky di bahagian atas (landskap). Ia turut mempunyai kemasan matte biasa dengan logo OPPO kecil di bahagian tengah. Tablet ini mempunyai kamera tunggal di bahagian atas dan flash LED di bawah sensor.

    OPPO Pad akan menampilkan paparan LCD 10.5 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel dengan kadar penyegaran 120Hz yang menyokong kedalaman warna 10-bit. Ia dilengkapi dengan kamera belakang 13MP, kamera swafoto 8MP cipset Snapdragon 870 dan mempunyai empat pembesar suara Dolby Atmos. Tablet ini akan mempunyai bateri 8,360mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina 

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured