More

    Reka bentuk POCO X3 GT tertiris, juga hadir dengan cipset Dimensity 1100 dan pengecasan 67W

    Sehingga kini, terdapat banyak khabar angin mengenai telefon pintar terbaru dari POCO, POCO X3 GT. Peranti ini bakal dilancarkan di Malaysia pada rabu minggu hadapan, 28 Julai ini. Beberapa hari sebelum pelancaran, reka bentuknya telah tertiris dalam talian.

    Mengikut sumber sebelum ini, telefon ini dikatakan adalah penjenamaan semula Redmi Note 10 Pro 5G yang telah dilancar di China. Dan melihat kepada reka bentuknya yang tertiris, ia sememangnya sama seperti Redmi Note 10 Pro 5G dengan perubahan pada jenama sahaja.

    POCO X3 GT hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru kehijauan. Yang menarik, warna putih dan biru hadir dengan kemasan bertekstur pada panel belakangnya.

    Pada masa yang sama, POCO telah mengesahkan bahawa POCO X3 GT bakal dikuasai oleh cipset Dimensity 1100 5G dan menyokong pengecasan Turbo Charging 67W. Kedua-dua spesifikasi ini juga ada pada Redmi Note 10 Pro 5G.

    Jadi, peranti baru POCO ini berkemungkinan adalah penjenamaan semula Redmi Note 10 Pro 5G seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Ini tidak mengejutkan kerana POCO dan Xiaomi mempunyai hubungan yang rapat dan sering kali berkongsi teknologi.

    Nantikan pelancaran POCO X3 GT di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured