fbpx
More

    reka bentuk realme 8 tertiris, dikesan di tangan Salman Khan

    realme dijangka akan melancarkan siri telefon kelas pertengahan terbaru mereka, siri realme 8 dalam masa yang terdekat. Sebelum ini, realme pernah memuat naik sebuah poster kamera realme 8 yang menunjukkan kehadiran kamera 108MP.

    Kini, realme 8 telah dikesan di tangan duta realme, Salman Khan. Sebelum ini, Salman Khan pernah mempromosikan realme 6 dan realme 7 pada tahun lalu.

    Melihat kepada peranti yang dipegang, panel belakang realme 8 ini hadir dengan permukaan berkilat dan kemasan premium. Peranti itu mempunyai warna panel belakang kebiruan dengan modul kamera berbentuk petak.

    Peranti ini juga dilihat hadir dengan penulisan slogan ‘Dare To Leap’, sama seperti peranti realme X7 Pro 5G yang telah dilancarkan tahun lepas.

    realme X7 Pro

    Namun, selain dari kamera 108MP, spesifikasi lain peranti ini masih lagi belum diketahui.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X