More

    Reka bentuk realme GT 8 Pro muncul, dijangka dilancar pada Oktober ini

    Kali ini, realme GT 8 Pro dilihat menonjolkan reka bentuknya dengan modul berbentuk bulat di bahagian belakang yang menempatkan tiga lensa serta lampu flash. Walaupun imej yang tersebar agak kabur, rakaman video menunjukkan modul kamera tersebut agak menonjol dari panel belakang.

    GT 8 Pro dijangka dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dan periskop telefoto 200MP. Menariknya, realme mungkin bekerjasama dengan Ricoh untuk memperkenalkan gaya warna “Negative Film” pada telefon pintar buat pertama kali.

    Daripada segi spesifikasi, GT 8 Pro dijangka dikuasakan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama paparan AMOLED rata 6.78 inci daripada BOE, dengan resolusi 2K, bezel nipis dan sensor cap jari ultrasonik dalam skrin. Ia turut dilengkapi bateri besar 8,000mAh, antara yang terbesar dalam kelas andalan, motor linear x-axis, pembesar suara berkembar, dan realme UI 6 berasaskan Android 16.

    Peranti ini dijangka dilancarkan di China pada bulan Oktober. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...