More

    Reka bentuk realme GT Neo3 Gaming Edition didedah, model global realme GT2 muncul di Geekbench

    Setelah realme GT Neo2 dikeluarkan, mungkin akan ada generasi seterusnya menggantikan telefon pintar tersebut. Imej baharu bagi realme GT Neo3 Gaming Edition telah muncul di Twitter yang akan hadir dengan tri-kamera n di belakangnya, pencetus bahu (shoulder triggers) pada bingkai dan garisan berwarna oren di belakangnya.

    GT Neo3 Gaming Edition dilaporkan akan hadir dengan cipset Dimensity 9000 MediaTek, bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 125W. Namun, spesifikasi bagi siri GT Neo3 yang lain masih tidak diketahui. 

    Peranti realme dengan nombor model RMX3311 telah dilihat di Geekbench dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888. Ini dipercayai versi global realme GT2 yang diumumkan pada bulan lepas di China. Ia memperoleh 1,127 mata pada ujian teras tunggal dan 3,355 mata dalam jabatan berbilang teras. Penyenaraian itu juga mengatakan peranti membawa RAM 12GB dan Android 12.

    Realme GT2 (RMX3311) di Geekbench

    Naib Presiden realme iaitu Madhav Sheth telah mengesahkan pelancaran global untuk siri GT2. Kami masih menunggu butiran lanjut terutamanya maklumat mengenai kehadirannya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...