More

    Reka bentuk Redmi K50 Gaming Edition didedah, bakal dilancar pada 16 Februari

    Hari ini, Redmi mengumumkan bahawa Redmi K50 Gaming Edition akan dilancarkan pada 16 Februari pada satu acara di China yang akan bermula pada 7malam waktu tempatan.

    Syarikat itu berkongsi beberapa poster di Weibo mendedahkan reka bentuk Redmi K50 Gaming Edition. Anda dapat melihat bahawa telefon pintar itu telah mengekalkan pencetus bahu (shoulder triggers) dan terdapat juga modul flash berbentuk bolt kilat di sebelah tri-kamera dengan bonjolan perkataan “pembekuan” (freezing) dan “paling laju” (speediest) di sebelah kiri dan kanan.

    Redmi menggembar-gemburkan K50 Gaming Edition sebagai “keutamaan berdarah dingin” (diterjemahkan daripada bahasa Cina). Syarikat itu juga belum mengesahkan sama ada ia akan memperkenalkan Redmi K50, Redmi K50 Pro dan Redmi K50 Pro+ pada 16 Februari, tetapi anda boleh menjangkakan lebih daripada satu telefon pintar siri Redmi K50 akan mula rasmi pada hari Rabu depan.

    Redmi berkemungkinan akan berkongsi lebih banyak pendedahan menjelang siri Redmi K50. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...