More

    Reka bentuk Samsung Galaxy S21 FE tertiris dalam sebuah video dari Afrika Selatan

    Samsung dijangka bakal melancarkan telefon pintar terakhir dalam siri Galaxy S21, Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE), pada awal tahun 2022 dalam acara Pameran Elektronik Pengguna (CES). Sungguh pun begitu, seorang YouTuber dari Afrika Selatan telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan kotak serta reka bentuk telefon tersebut.

    Dalam video tersebut, saluran YouTube MMMike menunjukkan kotak berwarna putih dan luaran yang agak nipis kerana ia tidak mengandungi pengecas. Beliau kemudian menunjukkan sebuah telefon Galaxy S21 FE yang berwarna perang.

    Seperti yang boleh dijangka, rekaan belakang telefon itu menyerupai varian Galaxy S21 yang lain dan ia dijangka dibuat daripada plastik, serupa dengan Galaxy S20 FE.

    Saluran itu turut berkongsi beberapa maklumat ringkas tentang Galaxy S21 FE, di mana ia mempunyai bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas serta pengecasan wayarles pantas. Apabila dibandingkan dengan POCO X3 miliknya, beliau mengatakan Galaxy S21 FE rasa lebih ringan, selesa dan premium.

    Telefon itu mempunyai cipset Snapdragon 888 dan RAM 6GB. Sebelum ini, Galaxy S21 FE dikhabarkan akan dilengkapi skrin AMOLED 6.41 inci dan ditawarkan dalam warna hijau Olive, hitam, putih dan ungu, manakala harganya pula bermula USD699(~RM2,928).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy S21 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...