More

    Reka bentuk siri iPhone 15 telah didedah, mungkin bawa saiz paparan seperti siri iPhone 14

    Siri Apple iPhone 14 adalah antara peranti yang dinanti-nantikan untuk tahun 2022. Kami menjangkakan pelancarannya pada bulan September ini dengan peningkatan yang menarik daripada segi reka bentuk, prestasi dan kamera. Walaupun iPhone 14 masih belum dilancarkan, berita mengenai iPhone 15 sudah pun muncul. 

    Baru-baru ini, khabar angin menunjukkan bahawa iPhone 15 akan menjadi peranti yang terakhir dengan port lightning sebelum semua peranti digantikan dengan port pengecasan universal, USB-C. Laporan baharu turut membawa butiran mengenai paparan siri iPhone 15 yang mengatakan ia mungkin hadir dalam saiz paparan yang sama seperti siri iPhone 14.

    Siri iPhone 14 dikatakan mempunyai iPhone 14 dan 14 Max dengan saiz paparan 6.1 inci iPhone 14 Pro dan Pro Max akan membawa paparan bersaiz 6.7 inci. Siri iPhone 15 mungkin membawa susunan varian yang sama seperti siri iPhone 14. 

    iPhone 14 dan 14 Max mungkin membawa reka bentuk takuk standard manakala Pro dan Pro Max akan menggantikan takuk (notch) dan potongan berbentuk pil sambil mengekalkan ciri Face ID. Siri iPhone 15 pula mungkin membawa reka bentuk takuk (notch) berbentuk pil bagi keseluruhan barisan. 

    Keluaran iPhone tahun ini sudahpun membawakan kadar penyegaran yang tinggi yang dipanggil paparan “ProMotion”. Kami mengandaikan bahawa iPhone akan datang akan membawa reka bentuk varian Pro dengan beberapa peningkatan. 

    Menurut khabar angin, Apple sedang membangunkan penambahbaikan di bawah paparan untuk pengimbas Face ID. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured