More

    Reka bentuk telefon lasak Samsung Galaxy XCover 5 muncul dalam talian

    Samsung dijangka akan melancarkan telefon lasak mereka yang terbaru, Samsung Galaxy XCover 5 tidak lama lagi. Sebelum ini, spesifikasi penuh dah harga peranti ini telah tertiris dalam talian. Kini, reka bentuk hadapannya pula telah muncul dalam talian.

    Jika dilihat pada reka bentuknya, ia hadir dengan bezel yang tebal tanpa sebarang takuk. Selain itu, ia juga mempunyai butang merah khas XCover pada sisi kirinya. Manakala butang kuasa dan suara pula terletak pada sisi kanan telefon. Kamera swafotonya pula diletakkan pada atas tengah telefon.

    Imej janaan komputer Galaxy XCover 5

    Berdasarkan sumber sebelum ini, Galaxy XCover 5 akan dilengkapi skrin 5.3 inci TFT LCD dengan resolusi 1600 x 720 piksel (HD+). Peranti ini akan dikuasai oleh Exynos 850 dengan RAM 4GB serta storan 64GB.

    Untuk kamera, ia akan menggunakan kamera utama 16MP f/1.8 dan kamera swafoto 5MP f/2.2. Peranti ini akan hadir dengan antara muka One U1 3 atas perisian Android 11.

    Selain itu, ia akan hadir dengan slot kad microSD, bateri 3,000 mAh, pengecasan pantas 15W, NFC, Samsung Pay dan Samsung Knox. Ia juga hadir dengan ciri kalis air dan habuk IP68 dan MIL-STD-810G.

    Untuk harga, ia akan dijual sekitar €300 (~RM1,468) untuk pasaran Eropah.

    Adakah anda berminat dengan telefon lasak Samsung ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured