More

    Reka bentuk vivo X Flip didedah: mungkin tampilkan cipset SD 8+ Gen 1

    Stesen Sembang Digital Tipster mendedahkan bahawa vivo akan telefon lipat pertamanya, vivo X Flip di China tidak lama lagi. Laporan turut mempamerkan reka bentuk dan berkongsi imej simulasi X Flip berdasarkan peranti sebenar.

    Imej di bawah mendedahkan bahawa bahagian belakang vivo X Flip akan mempunyai modul kamera berbentuk bulat menempatkan tri-kamera. Di sebelah kanannya, terdapat flash LED tiga kali ganda dan logo ZEISS.

    Di bawah modul kamera, terdapat paparan penutup berbentuk segi empat tepat manakala separuh lagi di bahagian bawah mempunyai logo vivo. Bahagian tepi kanan peranti akan mempunyai butang audio dan kuasa.

    Selain daripada ini, tiada butiran sleanjutnya mengenai spesifikasi vivo X Flip. Ia dijangka dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Plus Gen 1. Berkemungkinan, ia akan dirasmikan pada awal 2023 di pasaran China. Buat masa ini, kami tidak pasti akan kehadirannya untuk pasaran global.

    Selain tiu, vivo berkemungkinan akan melancarkan telefon pintar vivo S16e dengan cipset Exynos 1080, S16 membawa cipset Snapdragon 870 dan S16 Pro akan dikuasakan oleh Dimensity 8200 pada bulan ini.

    Imej rasmi vivo S16 Pro telah mendedahkan bahawa ia akan mempunyai paparan OLED lubang tebuk di hadapan dan tri-kamera belakang. S16 juga dijangka menggunakan reka bentuk yang sama. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured