More

    Reka bentuk Xiaomi 12 Ultra didedah, mungkin dilancar pada 15 Mac ini

    Xiaomi 12 Ultra didakwa akan dikeluarkan dengan reka bentuk andalan serta menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 1 Plus. Tidak seperti peranti sebelum ini, tiada skrin tambahan di bahagian belakang tetapi ia akan menawarkan blok kamera berbentuk bulat yang besar. 

    Imej menunjukkan sekurang-kurangnya empat kamera di mana salah satu sensor merupakan zum optikal periskop 5x. Selain kamera utama, ia akan membawa sensor sudut lebar dan telefoto. Xiaomi 12 Ultra turut menawarkan optik Leica sebagai antara telefon kamera terbaik di pasaran.

    Ia akan dilengkapi skrin QHD+ AMOLED 120Hz, RAM 16GB, storan 512GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas yang boleh ditingkatkan kepada 120W atau 150W. Sebelum ini, terdapat sumber pernah mengatakan peranti ini akan dikeluarkan pada 15 Mac dan Xiaomi telah mengesahkannya dengan mengeluarkan poster rasmi “Master Every Scene”. Anda boleh menonton pembentangan secara berlangsung pada 15 Mac jam 20:00 GMT (16 Mac, 4pagi: waktu Malaysia).

    Terdapat maklumat megatakan Xiaomi 12 Pro di Eropah akan menawarkan dengan RAM 8GB + storan 256 GB dengan harga 1000 Euro (~RM4,565) dan RAM 12GB + storan 256GB berharga 1200 Euro (~RM5,478). Versi standard akan berharga 800 Euro (~RM3,652) dan 900 Euro (~RM4,108) manakala Xiaomi 12X akan bermula pada harga 600 Euro (~RM2,739). 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...