More

    Reka Bentuk Xiaomi 13T Pro tertiris, dedahkan kamera Leica, kemasan dan pilihan warna

    Xiaomi dijangka melancarkan telefon pintar Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro seawal bulan depan. Butiran tentang peranti ini telah muncul di internet dan penyenaraian pensijilan SIRIM. Kedua-dua telefon pintar yang akan datang ini telah menerima pensijilan FCC beberapa hari lalu. 

    Walaupun pelancaran Xiaomi 13T Pro masih belum didedahkan oleh Xiaomi, sumber telah imej yang menunjukkan bahawa Xiaomi 13T Pro akan mempunyai reka bentuk yang sama seperti Redmi K60 Ultra. Xiaomi 13T Pro akan tersedia dalam pilihan warna hitam, biru dan kemasan kulit seperti yang dilihat dalam imej janaan. 

    Imej tersebut juga mendedahkan bahawa peranti itu akan menampilkan persediaan kamera yang ditala Leica. Tambahan, butang kuasa dan kelantangan akan terletak di tepi kanan peranti manakala di bahagian bawah mempunyai gril pembesar suara, port USB-C dan slot kad SIM. 

    Pada bahagian hadapan akan mempunyai potongan lubang tebuk di tengah paparan yang akan menempatkan kamera swafoto. Memandangkan Xiaomi 13T Pro akan tiba di pasaran global sebagai versi penjenamaan semula Redmi K60 Ultra, ia akan mengekalkan paparan OLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran 144Hz dan resolusi 2712 x 1220 piksel. 

    Xiaomi 13T Pro akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9200+, RAM sehingga 16GB. Pilihan storan juga akan tersedia untuk 256GB dan 512GB. Pada masa ini, tarikh pelancaran peranti itu masih belum didedahkan oleh Xiaomi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

    Sumber: MySmartPrice

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...