More

    Rekaan dan spesifikasi iQOO Neo 7 Pro didedah sebelum pelancaran

    Telefon pintar gaming iQOO Neo 7 Pro bakal dilancar pada 4 Julai 2023 dan buat masa ini syarikat itu telah berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti tersebut, daripada segi rekaan luaran dan spesifikasi dalaman.

    iQOO Neo 7 Pro bakal mempunyai rekaan kulit di belakang manakala bahagian sisinya adalah melengkung. Bonggol kameranya berbentuk petak dengan dua lensa di dalamnya, sinonim dengan kebanyakan telefon daripada iQOO dan syarikat induknya, vivo. Hanya warna oren sahaja yang dikongsi oleh iQOO dan setakat ini masih tidak diketahui jika ia akan ditawarkan dalam warna lain.

    Telefon ini juga bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 bersama sebuah cip gaming bebas (independent gaming chip, IGC) bagi meningkatkan prestasi telefon sewaktu bermain game. iQOO masih tidak menjelaskan bagaimana IGC ini boleh berbuat sedemikian, jadi kita perlu tunggu sehingga pelancarannya.

    Sewaktu bermain game, telefon ini turut mempunyai sistem kawalan Motion Control yang boleh mengawal tindakan dalam game dengan menggerakkan telefon. Ini adalah ciri yang sudah standard dalam telefon gaming yang lebih mahal.

    Di samping itu, telefon ini mempunyai kadar pengecasan yang amat pantas iaitu 120W FlashCharge, di mana iQOO mendakwa boleh mengecas bateri daripada 0% ke 50% dalam masa lapan minit. Kapasiti baterinya masih belum diketahui.

    Spesifikasi lain untuk iQOO Neo 7 Pro masih belum diketahui. Memandangkan ia mungkin adalah iQOO Neo7 Racing yang dijenamakan untuk pasaran antarabangsa, ia mungkin akan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz 6.78 inci, bateri 5,000mAh, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured