More

    Rekaan dan spesifikasi siri ASUS Zenfone 8 tertiris, dilengkapi Snapdragon 888 dan kamera lipat

    Siri telefon pintar andalan ASUS Zenfone 8 sudah pun disahkan untuk pelancarannya pada 12 Mei ini, namun tidak banyak yang diketahui tentang spesifikasi atau rekaannya. Kini maklumat tentang telefon itu telah pun tertiris di mana ia dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih.

    Zenfone 8 Flip akan mengekalkan rekaan unik yang terdapat pada Zenfone 7 sebelum ini, di mana bonggol kamera utama boleh dilipatkan ke hadapan untuk dijadikan kamera swafoto. Zenfone 8 Flip juga bakal mempunyai spesifikasi yang lebih canggih daripada Zenfone 8 biasa.

    Rekaan Zenfone 8 Flip

    Zenfone 8 Flip dilengkapi cipset Snapdragon 888, RAM 8GB, storan 256GB, bateri besar 5,000mAh, pengecasan pantas 30W dan skrin AMOLED FHD+ 6.67 inci 90Hz. Daripada segi kamera pula, ia mempunyai kamera utama 64MP, kamera telefoto 8MP dan kamera makro 12MP. Mereka yang menggemari kamera ultra-lebar mungkin akan kecewa dengan Zenfone 8 Flip.

    Zenfone 8 pula menampilkan rekaan yang lebih serupa dengan kebanyakan telefon pintar, tanpa sebarang mekanisme kamera lipat. Ia mempunyai kamera utama 64MP+12MP dan sebuah kamera swafoto yang tidak diketahui jumlah megapikselnya. Skrinnya juga lebih kecil, berukuran 5.92 inci dengan resolusi FHD+. Spesifikasi dalamannya adalah kekal dengan Zenfone 8 Flip seperti cipset Snapdragon 888 dan pengecasan pantas 30W.

    Rekaan ASUS Zenfone 8

    Perlu diingati ini bukanlah spesifikasi rasmi daripada ASUS jadi kita mungkin boleh lihat spesifikasi sebenar yang berbeza nanti. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Zenfone 8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91 Mobiles

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...