More

    Rekaan dan spesifikasi vivo X100s, X100 Ultra tertiris, storan sehingga 1TB

    vivo dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s, vivo X100s Pro dan vivo X100 Ultra pada bulan ini. Ia bakal menjadi varian terbaru dalam siri vivo X selepas vivo X100 dan vivo X100 Pro dilancar pada awal tahun ini.

    Kini maklumat mengenai reka bentuk, pilihan warna dan varian memori untuk ketiga-tiga telefon telah tertiris. Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, vivo X100s akan ditawarkan dalam warna hitam, titanium, biru dan putih.

    vivo X100s Pro pula akan ditawarkan dalam warna titanium, hitam dan putih, manakala vivo X100 Ultra akan ditawarkan dalam dua warna sahaja iaitu titanium dan hitam.

    vivo X100s
    vivo X100s Pro
    vivo X100 Ultra

    Untuk varian memori, ketiga-tiga telefon akan ditawarkan dengan kapasiti berikut:

    • vivo X100s: 12+256GB, 16+256GB, 16+512GB dan 16+1TB
    • vivo X100s Pro: 12+256GB, 16+256GB, 16+512GB dan 16+1TB
    • vivo X100 Ultra: 12+256GB, 16+512GB dan 16+1TB

    Seperti telefon-telefon dalam siri vivo X sebelum ini, vivo X100 Ultra dijangka akan mempunyai fungsi fotografi yang diperbaharui, dengan sensor kamera 1 inci dan lensa yang mempunyai lapisan ZEISS T*. vivo telah pun berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan kebolehan kameranya yang jelas untuk situasi zum 10x.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured