More

    Rekaan OnePlus 15 tertiris, tampilkan 3 warna dan bonggol kamera baharu

    Selepas OnePlus mengumumkan penamatan kerjasamanya dengan Hasselblad, kini maklumat mengenai telefon seterusnya, OnePlus 15, telah tertiris dalam internet. Maklumat tersebut merupakan sebuah gambar dalam Weibo yang menunjukkan rekaan belakangnya yang serba baharu.

    Jika siri telefon flagship OnePlus sebelum ini sering mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat, kini OnePlus menukar bonggol kameranya kepada bentuk petak dengan bucu yang membulat. Ia turut mempunyai dua tona warna iaitu hitam dan warna yang sama dengan keseluruhan bahagian belakangnya. Bonggol tersebut menempatkan tiga lensa dan satu lampu denyar LED.

    Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam Absolute Black, ungu Mist Purple dan kelabu Dune. Warna hitam itu dikhabarkan bakal menjadi warna telefon yang paling gelap dalam sejarah.

    Spesifikasi yang dijangka untuk OnePlus 15 termasuklah cipset skrin OLED 1.5K 6.78 inci 165Hz, Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, enjin pengimejan yang dibina oleh OnePlus sendiri, bateri 7,000mAh, pengecasan pantas 120W dan pengecasan wayarles 50W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured