More

    Rekaan telefon pintar lipat Motorola Maven tertiris, mirip Galaxy Z Flip

    Motorola merupakan sebuah jenama telefon yang terkenal dengan siri telefon lipat Motorola Razr dan kini mereka dikhabarkan bakal melancarkan sebuah lagi siri telefon lipat dengan penjenamaan baharu.

    Telefon lipat baharu ini mempunyai kod nama Maven dan ia akan menampilkan spesifikasi tercanggih (flagship). Rupa telefon itu telah pun tertiris dan ia menampilkan rekaan yang berlainan jika dibandingkan dengan Motorola Razr sebelum ini.

    Telefon ini nampak lebih tebal dengan bucu yang lebih petak, membuatkannya nampak seperti Samsung Galaxy Z Flip3. Modul kameranya pula terdiri daripada dua lensa iaitu kamera utama 50MP dan kamera makro 13MP, manakala kamera swafotonya adalah kamera 32MP dalam lubang punch hole.

    Ia mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan sebuah lagi varian yang dilengkapi cipset berlainan. Ia dirancang untuk dilancar di China pada bulan Julai atau Ogos dan ditawarkan dalam warna Quartz Black serta Tranquil Blue.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91Mobiles

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured