More

    Ribuan pengguna Instagram tidak boleh akses akaun mereka

    Baru-baru ini, ribuan pengguna Instagram melaporkan bahawa mereka tidak boleh mengakses aplikasi tersebut dan melihat kandungan dalam suapan (feed) mereka.

    Malah, mereka juga mendapat mesej bahawa akaun Instagram mereka telah disekat pada 31 Oktober 2022. Selain tidak boleh mengakses media sosial tersebut, mereka juga mengalami pengurangan dalam jumlah pengikut.

    Sekitar 7,000 pengguna Instagram telah mengalami masalah ini, termasuklah bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo yang kehilangan sekitar tiga juga pengikut.

    Mujur sekali, Instagram berjaya menyelesaikan masalah tersebut dalam masa beberapa jam. Bilangan pengikut yang hilang itu pula akan dipulihkan dalam masa terdekat.

    Setakat ini, masih tiada maklumat tentang punca masalah Instagram ini. Terdapat khabar mengatakan bahawa masalah ini muncul apabila Instagram membuat kemas kini untuk versi laman web.

    Ini adalah masalah terbaru yang melanda sebuah platform yang dimiliki oleh Meta, selepas WhatsApp tidak boleh diakses selama beberapa jam pada seminggu lalu.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...