More

    Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 8 tahun berbanding dolar AS

    Ringgit dibuka mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun berbanding dolar Amerika Syarikat pada awal dagangan hari ini yang disokong gabungan faktor domestik yang stabil serta jangkaan kelemahan ekonomi Amerika Syarikat.

    Pada sekitar jam 8 pagi semalam, mata wang tempatan diniagakan pada kira-kira 3.8835/3.9065 berbanding dolar AS yang menunjukkan prestasi lebih baik daripada paras penutup sekitar 3.8995/3.9055 pada akhir minggu lalu.

    Pengukuhan ini didorong sentimen pasaran yang lebih berhati-hati terhadap prospek ekonomi AS termasuk pertumbuhan sederhana, inflasi yang masih melebihi sasaran serta sentimen pengguna dan perniagaan yang lemah yang secara tidak langsung menekan nilai dolar.

    Dalam masa sama, ketidaktentuan berkaitan dasar perdagangan dan tarif Washington turut mempengaruhi pergerakan mata wang global. Walaupun mengukuh berbanding dolar AS dan beberapa mata wang serantau, ringgit didagangkan bercampur berbanding mata wang utama lain termasuk yen Jepun, pound Britain dan euro.

    Pergerakan ini mencerminkan asas ekonomi domestik yang terus menyokong prestasi ringgit dalam jangka terdekat meskipun pasaran kekal dipengaruhi faktor luaran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured