More

    Roblox sedia bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk permainan lebih selamat

    Beberapa hari lalu, tular kes seorang kanak-kanak di Malaysia cedera akibat bergaduh dengan abangnya kerana isu berkaitan permainan Roblox. Kejadian itu mencetuskan kebimbangan ramai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menekankan kepentingan melindungi kanak-kanak daripada pengaruh negatif permainan dalam talian.

    Susulan itu, pihak Roblox mengumumkan akan memperkukuh ciri keselamatan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) dan pemantauan manusia bagi mewujudkan persekitaran permainan yang lebih selamat. Roblox juga menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam hal perkongsian data serta pematuhan kepada peraturan tempatan.

    Menurut Roblox, langkah ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan ekosistem digital Malaysia kekal selamat, beretika dan membina serta dapat membantu membentuk generasi muda yang bertanggungjawab dalam alam maya. Hannah Yeoh meluahkan kebimbangan tentang kesan permainan seperti Roblox terhadap perkembangan emosi dan sosial anak muda.

    Beliau menekankan bahawa dunia digital bukan sekadar untuk hiburan, tetapi juga perlu menjadi ruang yang mendidik dan membentuk sahsiah positif. Kini, Roblox memiliki lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia termasuk lebih sejuta pemain di Malaysia. Sementara itu, kerajaan Malaysia masih menilai kemungkinan mengharamkan Roblox, namun belum ada keputusan muktamad.

    Negara lain seperti China, Turki, Qatar, Oman, Jordan, Iraq, Arab Saudi dan UAE telah mengharamkan permainan tersebut manakala Indonesia dan Kuwait menyekat sebahagian kandungannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Hannah Yeoh

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured