More

    Robot HONOR ambil bahagian, pecah rekod dunia “half marathon” di Beijing

    Sebuah robot humanoid dibangunkan oleh HONOR mencipta sejarah baharu apabila berjaya memecahkan rekod dunia half marathon dalam acara yang berlangsung di Beijing, China. Untuk edisi 2026, lebih 100 robot menyertai perlumbaan tersebut bersama kira-kira 12,000 peserta manusia menjadikannya antara acara unik yang menggabungkan keupayaan manusia dan mesin dalam satu platform kompetitif.

    Ini merupakan kali kedua acara tersebut dianjurkan selepas edisi tahun lalu menyaksikan kebanyakan robot gagal menamatkan larian dengan masa terpantas ketika itu sekitar 2 jam 40 minit. Namun, situasi berubah secara drastik tahun ini. Robot daripada HONOR berjaya menamatkan larian sejauh 21 kilometer dalam masa 50 minit 26 saat.

    Rekod tersebut mengatasi rekod dunia manusia yang dipegang oleh Jacob Kiplimo dengan catatan 57 minit 20 saat. Pencapaian ini menandakan lonjakan besar dalam pembangunan robot humanoid khususnya dalam aspek kejuruteraan pergerakan berterusan. Untuk mencapai prestasi tersebut, sistem robot perlu menggabungkan pelbagai elemen teknikal termasuk pengurusan haba, kestabilan ketika berlari, struktur sokongan serta kecekapan tenaga sepanjang tempoh larian.

    Walaupun masih terdapat robot lain yang gagal menunjukkan prestasi konsisten, peningkatan berbanding tahun sebelumnya membuktikan bahawa teknologi robotik kini berkembang dengan sangat pantas khususnya dalam simulasi keupayaan fizikal manusia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: New York Post

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...