More

    ROG Malaysia taja telefon “gaming” untuk Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia

    Hari ini, Republic of Gamers (ROG) Malaysia berbangga menjadi Penaja Telefon Gaming Rasmi Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY). Bermula dengan Musim 11, ia akan berlangsung selama empat musim pada Februari 2023 hingga lewat 2024.

    Menurut Shawn Chang, Pengarah Jualan dan Pemasaran Global Unit Perniagaan Telefon, ROG, syarikat itu bekerjasama dengan MOONTON dan MPL MY untuk memberikan telefon gaming terbaik pada pasukan Malaysia yang menang dalam liga eSports ini. 

    Sebanyak 10 pasukan MLBB (Mobile Legends: Bang Bang) tempatan akan bertemu satu sama lain untuk berkongsi hadiah bernilai $100,000 (~RM4,422,00), kemudian dua pasukan teratas dari kejohanan itu akan meneruskan ke Kejohanan Dunia Mobile Legends.

    Untuk pengalaman gaming terbaik untuk setiap jenis gamer, syarikat itu telah mengumpulkan ahli Pasukan ROG daripada pelbagai latar belakang untuk mempamerkan pelbagai produk ROG yang berkebolehan. 

    Pasukan ini terdiri daripada DJ Alan Walker dan pemain bola sepak profesional, Son Heung-Min, serta pasukan pro esport seperti Misfits Gaming, Rogue dan Team BDS.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...