More

    ROG Phone 9 FE dilancar: SD 8 Gen 3, LTPO AMOLED 6.78″ dan GameCool8 berharga ~RM3,955

    ASUS secara rasmi telah melancarkan ROG Phone 9 FE yang merupakan tambahan model dalam siri ROG Phone 9. Peranti ini dilancarkan di Thailand dan kini boleh didapati dengan harga THB 29,990 (~RM3,955). Model ini hanya ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Phantom Black. ROG Phone 9 FE mempunyai ukuran 163.8 x 76.8 x 8.9 mm dan berat 225g, sama seperti ROG Phone 9 dan ROG Phone 9 Pro.

    ROG Phone 9 FE dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3 dipadankan dengan RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.0 256GB. Ia menampilkan skrin LTPO AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 1080×2400, kecerahan puncak 2,500 nit serta kadar segar semula 185Hz dalam mod Game Genie, 165Hz dalam tetapan sistem dan 120Hz standard.

    Skrin ini turut dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus 2. Sistem kamera belakang terdiri daripada sensor utama Sony IMX890 50MP 1/1.56” dengan gimbal OIS, kamera ultralebar 13MP dengan sudut pandang 120° dan kamera makro 5 MP. Untuk swafoto, peranti ini dilengkapi kamera hadapan 32MP.

    Selain itu, ROG Phone 9 FE juga menyokong pembesar suara stereo berkembar, pengimbas cap jari dalam skrin serta penarafan IP68 untuk ketahanan habuk dan air. Ia dikuasakan oleh bateri 5,500 mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 65W serta pengecasan wayarles. Menariknya, peranti ini masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

    Telefon pintar ini menjalankan sistem operasi Android 15 dengan antara muka ROG UI. Dengan pelancaran di Thailand, ia dijangka akan memasuki lebih banyak pasaran dalam masa terdekat. Jika model FE ini sampai dalam pasaran Malaysia, sudah tentu ramai yang akan pertimbangkan untuk memilikinya kerana spesifikasi yang ditawarkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ASUS Thailand

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...