More

    ROG Phone 9 FE rasmi di Malaysia dengan SD 8 Gen 3 dan skrin 6.78″ 185Hz berharga RM2,999

    ASUS Malaysia secara rasmi melancarkan ROG Phone 9 FE (Edisi Peminat) untuk pasaran Malaysia. Telefon pintar ini direka khas untuk peminat permainan mudah alih yang mengutamakan prestasi dan pengalaman gaming terbaik. Ia dikuasakan oleh cip utama Snapdragon 8 Gen 3 yang digandingkan bersama RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.0 256GB.

    Ia juga menampilkan skrin AMOLED 6.78 inci dengan kadar penyegaran tinggi 185Hz dan bahagian belakang peranti dilengkapi dengan paparan LED mini AniMe Vision yang boleh disesuaikan serta butang sentuh AirTrigger. Sistem penyejukan ROG GameCool yang menyokong kipas luaran AeroActive Cooler X Pro juga hadir untuk edisi ini.

    Baterinya berkapasiti 5,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 15W. Untuk kamera, ROG Phone 9 FE menawarkan sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan OIS, ultra lebar 13MP dan makro 5MP manakala bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 32MP.

    Selain itu, peranti ini turut menyertakan ciri permainan AI siri ROG Phone 9 seperti X Sense 3.0, X Capture 2.0 dan AI Grabber 2.0 untuk meningkatkan pengalaman gaming pengguna. ROG Phone 9 FE kini boleh didapati pada harga RM2,999.

    Sebagai sebahagian daripada promosi Epic Raya Special, pembelian mana-mana peranti siri ROG Phone 9 sebelum 30 April 2025 akan menerima mata eWallet Touch ‘n Go bernilai RM300. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ASUS Malaysia.

    Spesifikasi lengkap ROG Phone 9 FE

    • Paparan AMOLED 6.78 inci, resolusi 2400 x 1080, kadar segar semula 185Hz, HDR10+
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan UFS 4.0 256GB
    • Kamera belakang: 50MP (Sony IMX890, OIS) + 13MP ultra lebar + 5MP makro
    • Kamera swafoto: 32MP (RGBW, pixel binning 8MP output)
    • Bateri berkapasiti 5,500mAh dengan pengecasan pantas 65W, pengecasan wayarles 15W
    • Sistem operasi Android dengan antara muka ROG UI
    • Ciri tambahan: Penarafan IP68, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, port USB-C berkembar, sistem pencahayaan AniMe Vision, butang sentuh AirTrigger, sokongan AeroActive Cooler X Pro
    • Harga: RM2,999

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...