More

    Royole FlexPai 2 dilancar: Skrin 7.8 inci boleh lipat, Snapdragon 865 berharga ~RM6,087

    Syarikat elektronik Royole telah melancarkan telefon pintar lipat FlexPai 2 untuk pasaran China dan ia akan mula dijual bermula 25 September ini. Apa yang menarik tentang telefon ini adalah skrin utamanya tidak dilipat ke dalam seperti Samsung Galaxy Z Fold2 dan sebaliknya ia dilipat ke luar.

    FlexPai 2 akan dilengkapi engsel yang membenarkan skrin OLED 7.8 inci pada telefon itu untuk dilipat dan juga diratakan sepenuhnya. Royole turut mengatakan skrinnya boleh memberikan waktu tindak balas yang lebih cepat, lebih terang dan lebih berwarna berbanding telefon sebelum ini.

    Telefon lipat ini dilengkapi cipset Snapdragon 865, RAM 12GB, storan dalaman 512GB dan bateri 4,450mAh. Daripada segi kamera, ia tidak mempunyai dua kamera di depan dan belakang seperti telefon lain, sebaliknya ia dilengkapi empat kamera di satu bahagian sahaja. Kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera 32MP untuk swafoto, kamera ultra-lebar 16MP dan kamera telefoto 8MP dengan 3x zum optikal.

    Royole FlexPai 2 akan dijual dalam dua varian memori, iaitu 8GB+256GB berharga CNY9,888 (~RM6,087) dan 12GB+512GB berharga CNY11,588 (~RM7,062). Setakat ini masih tiada maklumat jika ia akan dijual dalam pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MyDrivers

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured